suatu pagi yang hening, aku berada di tempat kerja, bekerja seperti biasa..around 11.15-11.30, ak mendapat satu panggilan dari roommateku, aqeelah..dan tidak di sangka-sangka, die menyampaikan satu berita yang sangat mengejutkan, dan boleh juga di katakan berita yang ak x nak dgr pon! sahabat baikku telah pergi meninggalkan kami semua...pada saat itu, mataku terus berpinar-pinar, satu badan berasa sejuk, macam nak pengsan..ku cuba tarik nafas untuk menenangkan hati..seakan ku tidak percaya dia telah pegi meninggalkan kita buat selama-lamanya.. bertalu-talu panggilan ku terima dari kawan-kawan, ade yang bertanya khabar kesahihan berita, ada yang cuba menenangkan hatiku.. semasa di tempat keje, ak tidak menitiskan air mata walau setitis, aku cuba melupakan apa yang ak dengar, cuba menidakkan berita itu kerana aku x sanggup nak menerima kebenaran berita itu.. namun, macam mana pon ak menidakkan berita itu, hakikat itu harus ku terima...
sepulangku ke rumah, lalu ak ceritakan berita ini kepada ibuku..tatkala ibuku membuka mulut mengatakan innalillah, air mataku terus meluncur laju..kesedihan itu tidak lagi dapat ku bendung..ak seakan tidak berada di alam nyata, fikiranku mula melayang entah kemana..
ak sangat bertuah kerana mempunyai seorang ibu yang sangat memahami...die membawa ku keluar, makan di luar untuk membantu mengurangkan rasa sedihku.. die sengaja mencari topik2 untuk bercakap agar ak tidak terlalu melayan perasaan..
mohd adhameruddin omar..
kau seorang sahabat yang sangat baik..
kehadiranmu sentiasa di senangi ramai walau di mana kau berada..
terlalu banyak kenangan yang tercipta antara kita..
saat kita keluar makan,
saat awak belanje permainan budak2 kat tc,
saat awak jadi pengutip piring terbang kat tc,
saat awak belanja saya makan,
saat kita keluar lepak, shopping2..
tidak ak lupakan sampai bila2..
semoga rohmu tenang di sana, aminn
alfatihah untukmu...:'(
al-fatihah....
ReplyDeletesaya kenal adha dari awak...
very good friend...
semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman
al-fatihah...
ReplyDeletemoga dicucri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...
Setiap yg hidup pasti merasai mati..
ReplyDeleteTabahlah.. dan doakan arwah tenang di sana..
Al-Fatihah..